Sahabat Ratu

Tuesday, June 30, 2009

'Atasi tekanan dengan bercakap pada diri anda sendiri'

Beberapa tip untuk menghadapi tekanan iaitu dengan cara anda berkomunikasi dengan diri anda sendiri. Bercakaplah dengan diri anda. Mulakan dengan...

1. Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna.

Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu, yang terbaik bagiku.Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri.Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya.Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.

2. Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani.

Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara. Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku harus mencari ayam, kacang, bawang goreng dan sambal, agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.

3. Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya.

Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya sabar.Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya.Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional.Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah. Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah.Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah: "Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.

4. Evaluasi (menilai) diri. Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia.

Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar.Harus aku renungkan mengapa Allah menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukanku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki. Setiap kejadian bagai cermin pribadiku. Aku tidak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi. Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

5. Allahlah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izin-Nya.

Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allahlah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan. Tidak ada yang mustahil bagi-Nya, kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya.Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hamba-Nya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolongan-Nya. Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekati-Nya dengan mengamalkan segala yang disukai-Nya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain-Nya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari-Nya.Ingatlah selalu janji-Nya: "Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya." (QS. 65 (At-Thalaq) : 2-3)


d'-'b

Monday, June 29, 2009

Biasiswa JPA

Salam..buat semua adik-adik yang ingin memohon biasiswa JPA, borang pemohonan telah pun dibuka..permohonan boleh dibuat di biasiswa jpa. Semoga berjaya!!..

Buat my lil sis..semoga permohanan kamu berjaya..gambatte..

Sunday, June 28, 2009

Selamat Datang Mahasiswa Baru UTHM..

Selamat Datang pelajar baru ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia..huhu..selamat mendaftar dan selamat memulakan pengajian anda semua..gunakanlah peluang menuntut ilmu di UTHM dengan sebaiknya..

walaupun UTHM tak la besar dibandingkan dengan u lain (tapi besaq la jugak), tp kemudahan kat UTHM semua mencukupi (bagi aku la).huhu.."bersyukur pada yang ada, berusaha pada yang tiada"..ramai kengkawan yang tanya aku, best ke masuk UTHM?kompem ke jadik lecturer bl kuar UTHM?..kalau jawapan aku ye aje..haha..mesti la best masuk UTHM, sape xmasuk rugi..haha..Kompem jadik lecturer bl tamat pengajian dr UTHM?..hurm,aku taw walaupun ramai lecturer kat Politeknik dulu adalah graduan dari UTHM (masa dulu KUiTTHO)tapi semua 2 bergantung jugak pada result dan rezeki kita, apa2 pun belajar la dulu rajin2 ye kawan2, bukan saja jadik lecturer malah jadik pegawai pun boleh. Bila da result cantik, keje akan kejar kita.lagipun xde plak perjanjian masa aku daftar dulu yg menyatakan graduan UTHM kompem jadik lecturer bila da tamat pengajian.haha..wateverpun aku berbangga kerana menjadi pelajar di UTHM..yang penting, niat kena betul, matlamat kena jitu..bila sekali anda melangkah, maka berpeganglah pada niat anda itu..





d'-'b

Saturday, June 27, 2009

Orkid untuk makcik sidah...

sunyi nye pagi ni..semua kawan-kawan aku da balik kampung habiskan cuti yang tinggal seminggu je lagi..busannye tak tau nak wat ape..tetiba aku teringat sesuatu yg da menjadi kebiasaan aku setiap pagi selama hampir 3 minggu ni..tanpa berlengah aku pun menyelak langsir di tingkap..arghhhhh,mane orkid?mane orkid? sape curik ni??..tetibe aku teringat,aisey..orkidnye da bg kat tuannya la semalam sebagai hadiah hari lahirnya yang sama dengan aku..hurm,patutla da xde lagi kat tingkap aku ni..hoho..lepas ni da xde lagi siram pokok pagi2..xde lagi kira bunga yang gugur..rindunye kat orkid, da ilang da kawan sorang..huhu..



tiada lagi orkid menyerikan tingkapku

tp xpe sbb slps ni kau akan dpt tuannya lebih pakar dlm menjaga kau,aku pasti 100%,kau tengok je la nnt dirumah baru mu, cantik2 orkid dirumah tuan baru mu itu, betul x cik sidah..selamat tinggal orkid ku..aku akan merinduimu..maafkan lah aku kerana kekadang terlupa nak siram kerana terlambat ke kelas..hahaha..


orkid kecik dari aku untuk makcik sidah




orkid dari anak cik sidah untuk ibunya

untuk makcik sidah.."selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat sekeluarga"..AMIN..

Friday, June 26, 2009

bertudung tapi tak berbaju..tolong nasihatkan..

tolong nasihatkan..bertudung tapi tak berbaju..hurmm...


hehe...kucing je xpela..haha..

"Katakan pada para wanita beriman: hendaklah mereka menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup tudung ke dadanya" AN-NUR:31

Thursday, June 25, 2009

berakhirnya sem pendek..

yeehaa..short sem da abeh..selamat bercuti kawan2..walaupun seminggu aku tetap rindu kat korang semua t..huhu..kite jumpe sem dpn yg xberapa depan 2 ye (minggu depan je)..haha..di kesempatan ini jugak aku nk ucapkan tengkiu kepada kwn2 aku yg ingt besday aku bln ni,waaa da nak beh da bln 6..sory geng,lambat post..bz..haha..selamat balik kampung..!!!yeehaaa...

tengs 2 cuna,kak jij and yana utk bantal luv 2,so sweet..
sangat..sangat tengkiu utk cik el 4 da mr.frogy..
jugak tengkiu utk poklooh 4 ur present..so cute..hehe











Friday, June 19, 2009

Nur kasih..


drama yg penuh pengajaran..tersentuh hati bila tengok cite ni..kasih seorang bapa, kasih seorang mak, kasih seorang abang..sabarnye aidil pada adam..degil betul adik dia ni..aishh..kesian aidil,terpaksa mengalah demi adik dia..kesian adam,dia xnampak org kat sekeliling dia sayangkan dia..si ayah dlm keadaan tenat pun still lagi masih pk kn si anak..xpatut btul anak dia ni..

Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

renung2kan dan slamat menonton "Nur kasih"...hehe

:: 4 bintang utk nur kasih :: hehe






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...