Sahabat Ratu

Tuesday, January 5, 2010

..semester baru..bilik baru..tahun baru...

salam...lame tidak menjengah ke blog..huhu..cik rase masih sempat cik ucapkan selamat tahun baru 2010 wat semua kengkawan yang sudi melangkah sejenak ke ruangan ini.pejam celik pejam celik, kita da melangkah ke tahun 2010..kenangan lama beransur pergi, impian baru bakal tercipta..bila orang bercakap pasal tahun baru, perkara yang tak boleh ditinggalkan adalah mengenai azam baru..kenapa mesti bertanya apakah azam tahun baru?kenapa tak tanye sudah terlaksanakah azam tahun lalu?..itu lah hakikat manusia.sibuk memikirkan azam baru, sedangkan yang lama masih tak terlaksana.tapi tidak la semuanya begitu..jadi adalah lebih baik jika kita berazam untuk melaksanakan yang masih tidak terlaksana dan memperbaiki apa yang telah terlaksana..huhu..

semester baru da masuk minggu ke-2..semester baru ni jadual tak la penuh sangat, cuma hari isnin je agak sibuk kelas sampai ke malam. untuk hari seterusnya diisi dengan lab untuk setiap hari..walaupun tak sibuk sangat tapi semester ni agak menakutkan sebab terpaksa menyiapkan final projek.."Ya Allah, Permudahkanlah urusan hambaMu ini...aminnn"...

perkara yang paling tak best semester ni ialah pasal bilik baru..hmm, cik kena tukar blok sem ni..daripada blok depan sekali pindah ke blok belakang sekali..xfaham la cik kenapa mesti blok dulu diberi kepada pelajar siswa..jika dilihat dari aspek keselamatan pelajar siswi, adalah tidak relevan langsung siswa ditempatkan disitu..apa2 pun hanya pihak asrama je yang taw sebab musababnye..

akhir kata dari cik wat kengkawan semua, selamat maju jaya serta ampun dan maaf sekiranya sepanjang tahun2 yang pergi meninggalkan kita ini, cik terkasar bahasa terlanjur bicara dan sewaktu dengannya..semoga tahun baru semester baru ni memberi kita lebih pengalaman untuk lebih kuat mengharungi hari2 mendatang kelak...

wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...