Sahabat Ratu

Thursday, December 10, 2009

..mari menyanyi dan menari..3 Bears Song..

apa yang akan korang lakukan bila korang bersedih?jgn diikut hati yang sedih, kelak akan memakan diri..huhu..kat sini cik ada 1 tip untuk menghilangkan rasa sedih di hati korang..mari menyanyi sambil membuat gaya mengikut drama fullhouse ni (korang juga boleh mengikut kreativiti anda yg tersendiri)..


~~3 bear songs ~~
kom sema-ri-gahan chi-be-yi-so
appa gomomma gomae-gi gom
appa gommun tung-tung-hae
omma gommun nal-shin-hae ae-gi
gommun na bul-gwi-yo-wo
hishuk hishuk cha-rhan-da




Thursday, December 3, 2009

"ninja assassins..berhati-hati didalam gelap.."

semalam cik dan kengkawan pergi bersuka-suki (another word of suka ria..)hehe..pas beh kelas semalam kami bertiga menuju ke satu destinasi dengan satu tujuan yang sama.."Mcd"..hehe .. sebenarnye bukan nak makan Mcd je, tapi kitorang bertiga bercadang nak tengok wayang. Sampai je kat SquareOne, kitorang terus menuju ke MBO..mula2 plan nak tengok Senario Ep.2..tapi setelah berdiskusi kami menukar plan dan bersetuju memilih cadangan cik qaseh untuk menonton "Ninja Assassins"..kitorang xtaw ntah best ke tidak cerita ni, tapi menurut amoi penjual tiket cerita ni best, dan cik plak peminat no2 Rain ( no1 adalah milik cik qaseh, sebab 2 dia pilih cerita ni)..hahaha..jangan marah cik qaseh..tapi kami memang buat pilihan yang bijak.tak menyesal ar tengok movie ni..memang best..4 bintang dari cik (5 dari cik qaseh..haha)..memang tak rugi..buat sesiapa yang xtengok lagi cerita ni, baik pergi tengok sebelum lampu terpadam..uppss..silap sebelum tiket abes..huhu..buat yang da tengok movie ni mesti lepas ni korang teringat cerita ni bila tetiba blackout, tak pun sebelum tidur..gelap la katakan..hehehe..


..ninja assassin .. berhati-hati didalam gelap..

mereka dan chipsmunks..


berbalik pada makan Mcd tadi, disebabkan plan bertukar jadinya kitorang makan dulu baru tengok wayang..cik qaseh dan cik el akhirnya berjaya meleraikan perasaan mengidam makan bege prosperity..huhu..cik plak xkesah sangat pasal prosperity pedas, so adalah lebih bijak jika memilih Mchiken saje..nyummmy...sangat sedap...whateverpun, tengs ya cik qaseh coz ajak bersuka suki malam tadi..hehe..makan sedap, movie pun hebat..huhu..

objektif utama tercapai.. mari makan Mcd..

hausnyee..

disebalik cawan..
nak prosperity lagi...

Wednesday, December 2, 2009

..Soft Skill Training...

Pada 30~2Dis09 semalam, cik telah menghadiri kursus soft skill training kat fakulti cik. Traning ni termasuk dalam kursus USP2009 yang cik sedang ikuti sampai 22Dis nanti..ser0nok sangat join training ni..banyak ilmu yang cik dapat..lagi2 dalam membantu cik jadi 'wow presenter' Tengs to Miss Wan Shahidah kerana berkongsi ilmu dan pengalaman beliau..terima kasih juga kepada FTMM kerana memberi peluang cik menghadiri Soft skill training ini secara percuma..hehe

gambar ihsan dari cik Ladywish

gambar ihsan dari cik Ladywish


gambar ihsan dari cik Ladywish

mata kami...hehe

cik mekda dan cik qaseh..

Sunday, November 29, 2009

Selamat Bertunang....


...Selamat bertunang kepada my sister, Siti Musliha dengan bakal abang iparku Saifulazli..Tahniah2..semoga peluang yang ada ini diambil untuk mempelajari segala ilmu sebelum melangkah ke alam perkahwinan...Semoga hubungan anda diberkatiNya...Aminnn...
yess..pinangan diterima..haha..

..amik berkat??..huhu

Friday, November 27, 2009

Ahmad Adib Adha...

alhamdulillah...angah selamat melahirkan baby boy malam tadi tepat jam 12.34a.m di Hospital Pakar Sultanah Fatimah..cumilnye..disebabkan baby lahir pada hari raya aidiladha, maka baby diberi nama adha..hehe...Semoga menjadi anak yang soleh ye..jangan lupa membesar sebagai johan ye..hehehe...

Wednesday, November 18, 2009

Semester break is begin....

yehaa..semester break is beginnn...to all my friends..selamat bercuti yaa..semoga selamat sihat sejahtera sepanjang cuti kalian...jumpa next semester...upss,lupa plak..cik tak cuti ar macam korang semua.cik akan mengikuti kursus SQL anjuran kerjasama antara MSC dan FTMM,UTHM bermula 23hbNov ni sampai la 23hbDis nanti..huhu..so dapat cuti bape hari je..k la ye kengkawan..selamat bercuti..jaga diri kalian baik2 ye cuti ni..daaaaa..
d[^_^]b

d[^_^]bnext week cuti sekolah pun da start..nampaknye penuh la tempat bercuti sana sini dan banyak la jemputan kenduri kawin,almaklumla cuti sekolah..hehe

Thursday, November 5, 2009

Satu Tekad...

~Satu Tekad~

berikanku sebaris kata
'tuk ku susuri jalan gelita
mentera keramat kata pujangga
azimat yang bermakna
di depan simpang bercabang tiga
tak tahu mana satu arahnya
kanan kiri manusia berdusta
mungkir pada Yang Esa
mungkin ku bukan watak utama
dalam pentas lakonan dunia
bimbang jua ku turut sama
pastinya aku yang binasa
berikan aku pedoman
arah mana jalan kehidupan
'tuk ku teruskan pengembaraan
tak rebah dan tersalah langkah
tunjukkan aku kawan
simpang mana arah kejayaan
timur utara juga selatan
atau arah mentari terbenam
bersama menyusuri jalan
para Rasul Nabi junjungan
menuju ke puncak
gemilang terbilang
iman di dada mengiring langkah

Wednesday, November 4, 2009

kolej kediaman perwira terbakar??..



kolej kediaman perwira terbakar??
tolong..tolong...tolong..
api..api..api...
erkk..wait..wait..wait..
jgn salah faham..KKP tak terbakar la..
gambar ni cik amek petang td dlm pkl 6.30 ptg,
masa ni pusat kesihatan universiti
datang wat sembur nyamuk..nampaknye tidur nyenyak la ye
penghuni2 sekalian malam ni..huhu..
~~selamat malam d[^_^]b~~

eXam mOde..

..minggu peperiksaan datang lagi..semua mahasiswa kelihatan tekun mengulangkaji dan tidak lupa juga ada yang sedang berusaha berjuang di dewan peperiksaan..pagi tadi sampai je dari kg, cik n cik qaseh ke library untuk mengintai soalan2 peperiksaan semester lepas...alamak!penuhnye library..alhamdulillah,naseb kami baek,kebetulan ada dua tempat kosong..duduk..kertas soalan..cari cari dan cari..aisey,soalan-soalan 3 tahun lepas je?latest xde ke?.hampa.try search website library..owh..jumpe..xleh download plak..hampa lagi..didalam kehampaan tu sempat plak memerhatikan student2 laen yang duk tekun mengulangkaji..tekunnye mamat kat sebelah ni.sampai xperasan kami duk ketawakan dia.bersungguh2 betul menghafal.naseb baek hensem..ish3,ape la aku ni..fokus..fokus..haha..duk kerana xdapat ape yang kami cari, kami pun keluar la dari library dengan penuh kehampaan..huhu..

..buat kengkawan semua, selamat menduduki peperiksaan untuk semester ini.semoga usaha kalian semua dipermudahkan olehNYA..all da best... d[^_^]b


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, October 25, 2009

Tuesday, October 20, 2009

run..run..run..

penatnyee..fuhh...pagi td pagi2 da bangun, sbb pkl10 ade test..bace sket2 mane yang xabeh bace ag..jam930 da siap2 nak g kelas.kwn ajak tumpang.tengs kakniza..test 1 jam je..fuh lega da beh test.hari ni kelas terakhir..mgu depan da study week.then exam final..final?ayooo.xlame lagi..hmm..beh kelas td cadang nak ke city campus.kak niza ajak tumpang skali lagi.tengs sekali ag.sampai2 je kak niza ajak makan tengahari.makan..nyum2..lepas makan terus g library.pulang buku.alamak..da lewat 3 hari!nah amek rm1.80..huhu..lepas pulang buku,terus pergi lab grafik.nak run coding.ada kelas lorr..lamenye tunggu..1jam kemudian baru diorang keluar..run..run..and run..error..uhuk..projek kene hantar dan bentang minggu depan..xsiap lagi ni..run lagi run lagi dan lagi..error semakin berkurangan.ok kot.esok sambung lagi la.balik hostel.penatnye..panas..sampai bilik je capai froggy dan terus zZzzzz..terlena..dlm terlena sempat terpikir..mlm ni kene tambah coding mane patut..esok run lagi..harap2 esok berjaya..zZzzzzz.....

Tuesday, October 13, 2009

Ya Allah..Permudahkanlah urusanku...

.."Ya Allah..Permudahkanlah urusanku...aminnn"...

petang tadi cik ada presentation PSM 1 cik..sangat menakutkan bila memikirkannya, tapi setelah melaluinya..Syukur,alhamdulillah..urusanku dipermudahkan..

walaupun presentation cik xdela sebagus mane, tapi kira orait la xkene hentam gile2 ngan penilai..huhu..cuma ada beberapa part dlm report yang perlu dibaiki...terima kasih diatas cadangan dan teguran dari encik dan puan penilai..semoga akan datang lebih baik dari hari ini..gambatte kudasai...d[^_^]b

setelah penat memikirkan psm, cik merelaxkan minda dgn memakan cake..hehe..nyummyy

Monday, October 12, 2009

:: Explorasi Gua Tempurung ::

salam...waa,agak lama tak menulis di blog ni..beberapa minggu lepas raya ni asgment cik agak bertimbun jugak la ye.jadi boleh dikatakan agak sedikit busy la..huhu..tapi sesibuk mane pun kita jangan kita terlupa untuk mengingatiNya ya!...kat sini cik nak cerita pengalaman cik ke Gua Tempurung pada jumaat dan sabtu yang lepas..dibawah anjuran kelab kembara Uthm, cik dan beberapa kengkawan cik menjoinkan diri ikut xpdc ke Gua Tempurung yang terletak di Gopeng,Perak..First time masuk ke gua memang seronok..Kalau dilihat dari sudut luaran gunung tu kite takkan tau pun ada gua kat dalamnya..kat dalam gua tu ada beberapa check point yang kita boleh lihat banyak hasil-hasil ukiran batu khazanah alam semulajadi..antaranya yang dapat cik lihat adalah batu berbentuk 'kaki', 'monyet bawa kereta', kucing, anak lembu, harimau, bentuk osama laden pun ada..huhu..

gua tempurung

nampak tak 'sebelah kaki'..??..huhu agak2 ape korang nampak?..hehe

perjalanan ke dalam perut gua tempurung tu memang menguji ketahanan fizikal..mula2 masuk disediakan tangga dan jejantas bagi memudahkan pengunjung..tetapi bila da lebih 600 anak tangga kalau tak silap cik la, perjalanan da semakin sukar.masa 2 kalau xsilap da hampir 1000kaki ketinggian..ada sekali 2 kami kene menggelongsor atas batu, tinggi dan cerun, hampir 100m untuk turun ke bawah.untuk keselamatan semua, siswa kene turun dulu untuk tolong tahan siswi turun ke bawah..takut tapi itulah pengalaman..huhu..tak semua jalan didalam gua 2 kene berdiri, ada juga yang terpakse merangkak dan berjalan macam askar..huhu..ruang agak sempit dan agak sukar untuk yang berbdn agak besar...

suasana didalam gua yang gelap...

Dalam perut gua tu juga sebenarnye ada aliran air sungai dibawahnya..menurut ranger yang guide kami tu, lebih pkl 4ptg xboleh keluar ikut laluan anak sungai 2 kerana air pasang..bahaya..jadi kena lalu atas(jejantas)..kami pula masa 2 datang ikut laluan atas (tangga dan jejantas) dan balik, pusing balik tp ikut laluan anak sungai tu..cetek je,paling dalam paras lutut..tapi bila air pasang paras air jadi sangat tinggi..alhamdulillah, pengembaraan kami dalam gua tempurung berjalan dengan lancar..walaupun ada yg sakit dlm xpdc 2 tetapi semua berjaya keluar dari gua tersebut.."ape yg penting..kerjasama.."..huhu...tengs kepada kelab kembara UTHM diatas anjuran program yang best ni.. d[^_^]b


laluan keluar ikut anak sungai..

berjaya menemui jalan keluar..huhu

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..


Kepada keluargaku, kawan2, sahabat2 dan yang mengenali cik mekda..Selamat Menyambut Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin..ampunkan segala kesalahan..baik percakapan mahupun perbuatan..maaf ku pinta, harap diampunkan..salam lebaran salam aidilfitri...Selamat Hari Raya...

Alhamdulillah.......

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, dengan izinya aqil sihat semula..hari ni aqil keluar hospital..setelah seminggu lebih duduk kat hospital, hari ni doktor sahkan aqil sudah sehat sepenuhnya dan dibenarkan balik ke rumah..hoho..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...
d[^_^]b tak sabar nak sambut raya ngan aqil...huhu...

kurus dah aqil...ciannyee..
comelnya aqil..sweater dari cik..biar aqil xsejuk ag..huhu..comelnyee...



Tuesday, September 8, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR...

Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua adik2 tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman serta kepada semua pelajar-pelajar tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR 2009..semoga dipermudahkan menjawab soalan..all da best...
kenangan bergambar bersama pelajar tahun 6 Sek. Keb. Tekek, Pulau Tioman ketika Program JUMBARA

aqil masuk hospital....

'aqil masuk hospital' -angah....mesej yang mengejutkan cik semalam masa kat dalam lab..masa tu cik baru lepas presentation proposal PSM cik....Ya Allah, risaunya saat tu tuhan je yang tau.aqil kecik ag,baru setahun lebey da kene masuk spital sbb semput..lepas abis kelas semalam cik n kengkawan pergi ke Hospital Pantai nak melawat aqil...masa sampai2 tu nampak tangan aqil kene balut dengan nurse, aqil gigit tiub yang dipasang kat tangan dia, jadinye darah masuk ke tiub 2,nak x nak nurse terpaksa bungkus tangan dia supaya xdapat gigit..huhu..aqil..aqil...sejam selepas tu nurse datang sebab nak masukkan gas kat aqil..Ya Allah..xsampai hati aku tengok aqil,nangis2 mintak simpati..tp nak buat mcmane, demi kebaikan dia...setiap satu jam kene masuk gas plak 2..xsangka plak aqil memewarisi penyakit cik masa kecik2 jugak tu..dah la lahir bulan yang sama ngan cik, masuk spital pun sbb yang sama...sedeynye...Ya Allah, lindungilah aqil..sembuhkanlah dia dari penyakitnya...semoga aqil cepat sembuh...sob..sob...




Saturday, August 29, 2009

Ketulusan Hati...

Ketulusan Hati ~Marshanda~
Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon
Yaa Allah redhai ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah
Yaa Allah redhai ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Thursday, August 20, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..


Pengumuman puasa kat tv baru je diumumkan..sabtu ni (22 0gos 2009 ~ 1 ramadhan 1430) umat islam akan mula menunaikan ibadah puasa..Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua muslimin dan muslimat..bersama-samalah kita menghayati dan mengambil peluang ramadhan kali ini..semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 yang lalu...AMIN...

Wilayah Pembangunan Iskandar..

semalam cik, ikut kakak cik pergi interview kat nusajaya, yang mane merupakan salah satu zon WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR (WPI)..first time sampai sane..canteknya WPI..tapi masih banyak lagi pembangunan yg sedang dibangunkan...sekali pandang macam kat Putrajaya plak..huhu.. WPI kat nusajaya ni adalah merupakan zon B bagi WPI dimana ia meliputi Pusat Pentadbiran Negeri Johor, Pusat Perniagaan & Kewangan Baru, Bandar MSC Cyber dan Nusajaya Cyber Park serta Hub Pendidikan..bestnye kalau dapat keje kat sana..tenang, cantik dan harap2nye selamat macam Putrajaya..huhu..agak2nye banyak tak peluang pekerjaan time2 cik abeh blaja nanti kat WPI ni..hahaha..harap2 adala nnt..AMIN.. d^-^b

Monday, August 17, 2009

trip to KL episode last..

Jumaat
14 0gos 2009

hari ni el ngan su akan balik ke kg diorang..huhu..sekejap je trip kitorang ke KL..3 hari 2 mlm..walaupun sekejap tapi seronok..banyak ag tempat nak g sebenarnya tapi memandangkan cuti yang agak pendek so mane tempat yang sempat je la ktrg pegi..huhu..harap2 lepas ni dapat ag dtg KL..jalan2..tp tgk jadual lepas ni masing2 da bz dengan psm la,test la..haha...

cik plak balik ke kg cik kat muar ptg karang dengan my bro..naek keta..sampai kat Pedas ada kemalangan..jam la jugak sekejap..hujan..licin..kalau xberhati2 2 yang boleh kemalangan 2..takot plak tengok..huhu..lebih kurang jam10 cik sampai kat kg..yippiee sampai da..so bermula la episod bercuti di kg selama seminggu..xlama lagi ramadhan da nak tiba..tak sabar nak sambut bersama famili..huhu.....

::tamat::

Saturday, August 15, 2009

trip to KL episode 2..

Khamis
13 Ogos 2009


penatnye nak bangun pagi 2..letih giler..mane tak nye berjln seharian semlm..hari ni kami bercadang nak ke KL..tp syawa datang jemput cik n el selepas dia jemput haziq dan haiqal balik sekolah..jadi cik bercadang bwk cik el ke alamanda.jalan2 cari pasal..haha..lebih kurang pkl11 pagi kitorang bersiap ke alamanda naik bas..kat putrajaya ni senang je naik bas, murah plak tu 50sen je..tak lama pastu bas100 pun lalu..

menunggu bas nak ke alamanda..cian dia,anak sape ni..ish8..hehe

'kita naik bas ni kot mekda..' kata cik el..hehe

sampai kat alamanda..kami berdua berjln2..lalu dpn kedai biskut famous amos, sedapnye bau biskut dia..kami pun beli la sepeket, 100gm = rm7.90...huhu..mahal tapi sangat sedap..nyumm..perut tetibe rasa lapar jadik kitorang pun bekpes la sekejap kat Paparoti sementara tunggu syawa dan su datang...

makan biskut famous amos..sedap..yummyy

teh tarik Paparoti

Paparoti yang sedap..

lebih kurang 1jam lepas 2 syawa n su datang..bawak anak buah dia, qistina..comel nye siap bawak doll lagi..huhu..kitorang jln2..window shoping..sangat la aku ni,kalau x terbeli x sah..haha..shopaholic betul...kemudian kitorang kuar ke presint9 g makan kat sane sebelum bergerak ke KL..kalau lambat alamatnye jam la ke KL..huhu

syawa dan qistina yang cumil

kenderaan ke KL masa 2 banyak sangat kat jalan..jam..tp masih terkawal..syawa plak nasib baik da biasa ngan jalan sane, kira terer la.kalau cik alamatnye subuh baru sampai..haha...destinasi pertama?SOGO..huhu..sale besar2an..70%..pening plak tgk orang ramai2..aku rasa BPmall lagi ok kot..huhu..

pas gi jejalan kat SOGO kitorang ke jalan TAR..niat hati nak cari baju tapi xjumpe..yg jumpe tudung..sangat murah2..tapi disebabkan banyak sangat aku pun da kompius da nak beli warna ape..last2 xbeli..bila da balik menyesal plak rasa sebab x beli..hahaha.. mlm 2 sebelum balik kitorang ke bandar equin..makan malam kat sane..niat nak ke Jusco tapi xsempat dan da penat..huhu..makan char keaw teaw kat sane..sedap...huhu..lepas da kenyang makan, kitorang terus balik sebab masing2 xlarat da nak berjalan..huhu..malam ni kene tidur awal sebab esok ada yang nak balik kampung masing...

walaupun kepenatan tapi kami sangat seronok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...