Sahabat Ratu

Sunday, May 15, 2011

5 bulan Si Ratu...

Assalamualaikum...
lama da xupdate blog ni..bukan dilupakan tetapi kurang berkesempatan untuk meng'update' blog ni..huhu

Pejam celik pejam celik, kejap je da hampir 6 bulan, cik ratu praktikal.Dan skang cik ratu da pun tamat menjalani praktikal.Sebenarnye masih ada lagi 3 minggu, tapi disebabkan cik ratu akan mengikuti kursus 3P(ComTIA Network) di universiti cik ratu, maka awal lah tamatnye tempoh latihan industri bagi cik ratu..huhu..

Hurmm,kat sini cik ratu nak berkongsi kenangan cik ratu dengan sahabat2 semua sepanjang tempoh 5 bulan yang lalu

1. Latihan Industri di Vista Solution


Terima kasih warga Vista yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang berada di Vista ^_^

2. Jejalan Wangsawalk + Danau Kota


First time pergi WangsaWalk dan jejalan kat Danau Kota. Kalau sampai sana jangan lupa try Char Kuey Teaw , sedap...Thanks to Bismi Aishah :)

3. Icity, Shah Alam


Jejalan ke Icity, Shah Alam. Kali kedua cik ratu datang ke Icity. Perasaan kali ni tak sama seperti perasaan first time datang ke Icity dulu.Maybe sebab da pernah sampai dan da xtaw nak wat ape (selain amek gambar)..huhu

4. JobFair 2011 Mid Valley


First time cik ratu pergi JobFair. Banyak syarikat dan pencari kerja yang datang. Masa ni baru terasa susah betul nak cari kerja.Sampai sekarang cik ratu masih menunggu feedback dari company2 yang ada di JobFair ni.Alhamdulillah ada yang sudah bagi feedback, ada yang masih menyepi..hurmm...Ya Allah, murahkan lah rezeki ku.. aminnn -_-

5. Pesta Buku Antarabangsa 2011, PWTC


Inilah perkara yang cik ratu selalu mimpikan. Pergi ke pesta buku then beli buku2 kegemaran cik ratu..Akhirnya cik ratu berpeluang juga menghadiri pesta buku. Sangat seronok kerana dapat melihat novelis terkenal yang cik ratu minat gile iaitu saudara Ramli Awang Mursyid yang kini baru sahaja melancarkan novel terbaru, kesinambungan trilogi bagaikan puteri iaitu Sutera Bidadari...


6. Farewell with frenz


Tengs to all frens kerana sudi meraikan tamatnye latihan industri cik ratu and gang.. Rindu korang semua :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...